Thursday, March 30, 2006

rata-rata

Pak Malau sering memerhatikan. Ada orang yang boros dengan air dan ada yang kedekut pula dengan air. Maksud Pak Malau, air wudhuk.

Yang boros dengan air tu, mengambil wudhuk macam nak mandi anak gajah. Dan yang kedekut tu, langsung tak guna air. Hanya lalu-lalu aje, menggunakan kebasahan pada tangan dia untuk membasuh beberapa anggota. Kedua-dua tak betul. Sabda Rasul, gunakan air dengan cermat hatta kamu mengambil wudhuk dalam sungai sekalipun.


Tapi yang merungsingkan Pak Malau adalah tentang anggota yang dibasuh. Kuku yang panjang dan berdaki, tak dibersihkan dulu. Mana nak rata air wudhuk. Muka yang di sapu tak mengenai ruang muka sepenuhnyha, iaitu membasahi keseluruhan muka hingga ke tepi telinga dan ke bawah dagu dan keatas dahi hingga ketepi rambut;
membasuh telinga tak merata hingga ke sepenuhnya, dan membasuh kaki dengan tidak melalui air di celah jari-jari kaki dan sehingga ke paras buku lali. Juga banyak yang tak ketahui di mana pangkal lengan.


Maka kalau Pak Malau tegur budak-budak, mereka tak marah. Tapi ramai juga yang sebaya dengan Pak Malau pun serupa juga. Alahai, kalau tak menjaga wudhuk, macam mana nak sah solat.

4 comments:

Yeop-Harley said...

Ini baru cerita pasal penggunaan air, belum cerita pasal was was lagi.Pak, kalau bercerita bab wuduk ni kat kg saya dah dua tahun ustaz tu mengajar fekah bab wuduk sampai sekarang tak keluar dalam bilik air,asyik berhujah tentang permasalahan pendapat mengenai wuduk ni.Ilmu kena mantap Pak.

Sya said...

Pak Malau, kalau yg ditegur anak2 mudah tapi kalau yg nak ditegur tu sebaya atau lebih tua dr kita susah. Sya pernah menegur seorang makcik yg mengambil wudhu tanpa meratakan air hingga ke pangkal lengan, mukanya jadi merah padam.. lepas tu bila jumpa di masa lain kita dijeling. Mungkin cara teguran sya tak berhemah.

Walau bagaimanapun semuanya bermula sejak kecil lagik.. kalau dah jadi tebiat maka tak der masalah

loppiess said...

Pak Malau, aku akan semak balik cara aku berwuduk.

Pak Malau said...

Nurul:Pak tak pandai melukis Nak. Itu pun pak ambil dari website lain. :))

Simah:Kerana mereka selalu berpendapat ,"Ahh Tuhan Maha Pengasihani."

Yeop: Kerana banyak tak faham-faham maka diulang-ulanglah.

Sya: Tak apa Nak. Asalkan niat tu baik dan murni.

Kerabat:Pak Malau pun termasuk dalam kumpulan yang perlu ditajdidkan atau diperbaharukan ilmu asas.

Lope: Alhamdulillah.