Saturday, March 11, 2006

Kenangan


Zizie, ini Pak Malau hantarkan poster wayang untuk simpanan dalam khazanah silam kamu.

Dulu wayang-wayang Melayu berbahasa yang sopan. Menjadi ikutan pemuda-pemudi. Diakhiri persembahan dengan teladan. Themanya pula mengusik keadaan. Baik bangsawan dan yang bukan. Pak Malau pasti mungkin kamu ingat sesetengah-tengahnya. Bukan begitu Zizie?

Kini wayang, semata-mata hiburan. Tak tersirat apa-apa untuk dibuat ikutan. Mungkin yang menjadi idaman adalah untuk memilikki isteri yang cantik, ayu, sofistikat dan kebarat-baratan. Rumah-rumah yang gadang. Kereta-kereta besar yang tak ada masalah pembayaran bulanan. Begitu berkemajuan masyarakat sekarang.

Di sini Pak Malau mengimbas kembali kenangan. Dalam pondok yang usang. Ramai yang menyangkakan Pak Malau dah hilang ingatan. Tak keruan.

8 comments:

Ku Keng said...

Wah untung Zizie dapat hadiah poster. Apa lagi yang dalam simpanan Pak Malau? Keluarkanlah. Kamipun nak sama.

Yeop-Harley said...

Pak Malau, saya nak cari gambor moto yang tersangkut atas pokok kelapa..dalam filem melayu tu...moto Harley ke?

Izhal said...

bukan setakat filem melayu makin kurang sopan bahasanya malahan filem hollywood juga. kalau dibandingkan cerita tahun awal 80an dan sekarang, makin kesat bahasa mereka, makin tiada tema yang baik, ending adalakanya memenangkan yang bersalah dan pasti diselitkan sentimen anti sesuatu (islam) dalam cerita hollywood. mungkin kerana ini filem kita pun semakin rosak. ada segelintir penghibur kita sekarang yang tidak beridentiti kerana meniru yang buruk dari barat...

Anonymous said...

bahasa mungkin sopan. tapi gambo nordin ahmad berlengging??

abdullahjones said...

seri mersing adalah antara wayang melayu yang saya sangat suka.

Sya said...

Setiap hari menjengah ke sini
Coretan lama yg setia menanti
Rupa-rupanya Pak Malau sibuk mencari
Poster Yang cantik utkmu Zizie

dinoor said...

sekali datang trus saya jatuh cinta pada pak malau, opps, pada blog pak malau. bahasa indah, kaya maksud dan penuh teladan.

saya akan link pak malau di blog saya supaya mudah saya berkunjung lagi.

Pak Malau said...

Keng: Kemana perginya Zizie tu, tak singgah pula untuk mengambil poster ni.

Yeop: Sekarang ni Harley jadi mahal. Dulu-dulu tentera yang menjaga trafik pun pakai Harley juga. Kenapa tersangkut di atas pokok?

Izhal:Walhasilnya bukannya tempat untuk mencari pengajaran dari filem-filem.

Gitartong: Dulu itu kebiasaan. Kalau di Mersing ni, kebanyakkan berlengging. Dan hanya berkain pelikat je.

Nurul: Tak kan lah gitu. Misai tu membuat lelaki macho. Tapi Pak Malau berjanggut je. Ikut sunnah.

Jones: Samalah kita. Dan juga 'Antara Dua Darjat', kepada saya.

Sya: Hai bila Pak Malau ke blog anak, terlerai air mata, sehingga Mak Malau mendesak supaya diceritakan kepadanya kandungan blog. (Mak Malau ni buta huruf. Dia fail dalam peperiksaan Kelas Dewasa dulu. Jangan beritahu dia, sensitif!)

Mydinz: Boleh Nak. Selagi ada kudrat, Pak Malau akan menulis. Tapi bukanlah pandai sangat. Terkadang-kadang teringat-ingat dialog filem.