Saturday, August 18, 2007

Sya'aban




Rasulullah Sollahu 'alaihi wa aalihi wassalam telah bersabda yang maksudnya:

"Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?"

Maka umatnya menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".

Baginda bersabda: "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya. Mengenai rahmat Allah itu Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Allah mengangkat amalan-amalan semua hamba-nya pada bulan ini."

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara daripada maksiat, taubatnya diterima juga terselamat daripada bencana pada tahun berkenaan.

Sabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wa aalihi wassalam, "Barang siapa membesarkan Syaaban dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkan dia daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit."