Friday, March 03, 2006

jejak-jejak

Jejak-jejak yang ditinggalkan mestilah membantu kita dan kepada yang mengikuti kita.

Biarlah ia menjadi pedoman dan kenangan yang baik. Bukannya membahayakan diri kita.

Jejak-jejak hidup yang akan membantu kita antaranya adalah anak yang soleh, ilmu bermanfaat yang disampaikan, sedekah jariah pada waktu sehat, amalan-amalan yang berguna, dan sumbangan fisabilillah.

Jejak-jejak di pantai ini akan terhapus oleh air dan waktu. Tetapi jejak jejak di atas akan berkekalan hingga ke alam akhirah.

Ingatlah amalan yang terbaik pada penghulu hari-hari, iaitu hari Jumaat, adalah sedekah jariah dan solawat kepada Rasulullahi sollallahu 'alaiahi wassalam.

7 comments:

Yeop-Harley said...

Pak Malau. Begitulah yang terbaiknya. Umur ni singkat. Hidup ni tak semestinya senantiasa sihat wal afiat.

Hari ni Yeop nak banyak-banyak bersolawat dan bersedekah senyum. Nurul, ni Yeop senyum kat kome ni. Balas ler.

Sya said...

Pak Malau.. terimakasih atas ingatan. Semoga anak2 mengingati dan bersedekah walaupun kita telah tiada

Ku Keng said...

Yang terbaik begitulah. Bersedekah jariah sewaktu sehat. Waktu sehat. Ya waktu sehat.

Ku Keng said...

Yang terbaik begitulah. Bersedekah jariah sewaktu sehat. Waktu sehat. Ya waktu sehat.

aNIe said...

Pak Malau...segala kata-kata akan dijadikan pedoman...moga anak2 akan menjadi anak yang soleh...moga ilmu yang ditinggalkan di manafaatkan...moga sedekah yang ditabur tidak diiringi riak....Insyaallah...

Terima kasih kerana mengingatkan...

Bunga Rampai said...

Salam kenal Pak Malau,

datang hamba menganyam madah
menyulam kasih seindah rasa
jejak Pak Malau digubah indah
bakal diamal sepanjang masa...

Pak Malau said...

Yeop: Yang baik Yeop buat teladan, yang tidak buat sempadan ya!

Sya: Pak Malau baca kisah Sya banyak dugaan. Tabahkan hati Nak. Itulah cara Allah taala nak berikan kebaikan di alam yang akan datang kepada kita.

NBB:Lupa Pak Malau nak pesan. Dulu Pak Malau ubatkan Nurul, maka sekarang dah sehat maka kena putus ubat lah. Hantarkan kat Pak selori kecil limau tambun. Bolih Pak bawa ke Tioman untuk dijual. Untung kita kongsilah.

Keng: Amboi sampai enter 2 kali tu kenapa pulak? Nak menekankan mesej tu ke? :))

Kak Lady: Suami dah ke Jeddah ke? Hai seronok dapat buat umrah sekali sekala.

Kerabat: Tak kiralah dalam ke luar ke. Asalkan ikhlas.

Rampai: Hai bila anak berpantun begitu, timbullah kenangan Pak kepada Damak. Dimana kau Damak?