Saturday, August 18, 2007

Sya'aban




Rasulullah Sollahu 'alaihi wa aalihi wassalam telah bersabda yang maksudnya:

"Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?"

Maka umatnya menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".

Baginda bersabda: "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya. Mengenai rahmat Allah itu Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Allah mengangkat amalan-amalan semua hamba-nya pada bulan ini."

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara daripada maksiat, taubatnya diterima juga terselamat daripada bencana pada tahun berkenaan.

Sabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wa aalihi wassalam, "Barang siapa membesarkan Syaaban dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkan dia daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit."


Tuesday, July 24, 2007

Hidangan di akhir zaman




Begitu cepatnya masa berlalu. Rajab berjalan udah seminggu. Dan janji-janji pada Rajab yang lalu belum lagi terlaksana dengan sempurna.

Ya Allah lapangkan kami di dunia, di alam kubur dan pada yaumal mahsyar.

Pada suatu hari Nabi sollahu 'alaihi wassalam bersabda kepada sahabat-sahabatnya: "Mungkin kalian akan menemukan suatu masa di mana salah satu dari kalian diberi makanan pada mangkok besar dan beraneka ragam rasa dan kelazatan yang dapat dinikmati oleh semua orang. Kalian juga akan memakai pakaian seperti penutup Ka'abah (yakni dari kain yang elok dan bersulam-sulaman)"

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah kami pada saat sekarang ini lebih baik daripada ketika masa (akan datang) nanti?"

Nabi sollahu 'alaihi wassalam menjawab, "Bahkan kalian pada saat sekarang ini adalah orang yang saling mencintai. Pada saat itu mereka akan saling membenci dan sebahagian dari mereka memukul leher sebahagian yang lain."

= Hadith diriwayatkan oleh Ahmad (3/387), al Hakim (4/584/589) dari Talhah al-Nadhari, dengan sanad sahih =.


Dan setibanya Ramadhan nanti hanya sebulan lebih jauhnya, ingatlah kita pada hidangan yang juadah yang memenuhi pelbagai rasa.

Dan adakah kita juga antara yang memukul leher sebahgian yang lain?



Thursday, July 05, 2007

Petua Kesihatan





Alhamdulillah Pak Malau mendapat petua ini melalui e-mel dan amat baik untuk dimanfaatkan bersama. Insha Allah baik bagi kita.


Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" TANPA GULA, setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (Memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan umpamanya:-
  1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit) disebabkan kesan air itu akan menyebabkan kita kencing justeru membuat toksin yang terkumpul dalam badan.
  3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telahmenemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
  4. Dalam kitab perubabtan juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
  5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan hadam)

Wassalam...

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya.




Dr. NBB akan nanti mengkajikan saranan di atas harapnya dan Bunga Rampai pula akan harapnya mencuba dan memberi pendapat. Boleh tak?

Thursday, June 14, 2007

Nasihat buat ibu bapa

Tingkatkan Komunikasi Dengan Anak-anak

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Hasil kajian mendapati ibu bapa hanya berkomunikasi 5 - 10 minit sahaja dengan anak-anak. Fakta ini pasti mengejutkan banyak pihak. Cuba fikirkan, bila masanya kali terakhir anda berkomunikasi secara berkesan dengan anak-anak. Komunikasi berkesan merujuk kepada perhubungan dua hala antara ibu bapa dan anak-anak. Perhubungan ini pula perlu wujud dalam keadaan mesra dan tanpa sebarang tabir mental (mental block).

Anda sebenarnya diktator. Kerap kali faktor ini berlaku ketika membimbing anak-anak. Percakapan yang wujud antara ibu bapa dan anak-anak lebih berbentuk larangan, perbandingan, sindiran dan arahan. Kalaulah ini cara anda mendidik anak-anak maka wajarlah sekiranya anda dianggap sebagai seorang yang memimpin keluarga secara autokratik. Cuba ingatkan semula perkataan-perkataan anda tehadap anak-anak setiap hari.

    • Ali balik sekolah nanti buat kerja rumah (arahan).
    • Jangan lupa tolong angkat kain lepas ini (arahan).
    • Mak tak nak tengok kamu bergayut kat telefon lama-lama macam semalam (larangan).
    • Itulah kau bila belajar jer malas, tengok si mamat tu tak payah disuruh (membandingkan).
    • Hmm... daripada bagi kat Ali tu baik kasi kat kucing. Bukan dia hargai pun. (Sindiran).

Inikah komunikasi yang ada antara anda dengan anak-anak? Kalau inilah yang anda faham sebagai komunikasi, maka anda jelas sedang menyediakan anak-anak yang bakal punya masalah dihari muka mereka.

Fahami mereka dan baru mereka memahami anda. Inilah sebenarnya yang anda patut lakukan. Letakkan diri anda ditempat mereka. Selami perasaan mereka. Nasihat anak-anak anda seperti mana kawan-kawan mereka menasihati mereka. Elakkan dari terbentuknya tabir minda antara anda dan anak anda. Jangan sesekali anda mengkritik mereka secara melulu. Setelah terbentuknya jambatan perasaan barulah anda tunjukkan apa kesilapan mereka dan buka minda mereka akan akibat-akibat buruk yang mungkin menimpa sekiranya mereka tidak melakukan perubahan.

Jangan sesekali mengharapkan perubahan yang mendadak atau serta-merta, sebab perubahan sebegini biasanya tidak bertahan lama. Ceritakan kisah-kisah silam anda kepada mereka agar mereka tahu bagaimana anda menghadapi sesuatu situasi yang memerlukan ketabahan dan kecekalan.

Berikan mereka dorongan. Jangan sesekali anda tunjukkan yang anda meragui kebolehan anak-anak anda dalam melakukan sesuatu perkara. Berikan mereka dorongan. Tolong mereka apabila perlu dan biarkan anak-anak belajar melalui kesilapan. Jangan harapkan bahawa anak-anak anda akan melakukan sesuatu perkara kali pertama dengan sempurna.

Begitu juga dalam soal pelajaran, elakkan dari meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap anak-anak. Harapan yang menggunung ini ada ketikanya menyukarkan dan membebankan mereka. Elak dari berkata, "mak nak lihat kamu dapat 8A dalam peperiksaan PMR tahun ini". Tetapi ucapkanlah begini, "mak nak tengok kamu lakukan yang terbaik dalam PMR tahun ini, walau apa sekalipun keputusannya mak redha. Yang penting kamu mesti lakukan yang terbaik dan telah berusaha bersungguh-sungguh". Selalulah ucapkan kata-kata ini hingga lazim dalam pemikiran anak-anak.


Sunday, May 27, 2007

Guru oh Guru




Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

~SN Dato' Dr. Usman Awang~


Monday, May 14, 2007

Untuk Ibu




Pak Malau amat tertarik dengan pesanan yang terdapat dalam blog Ku Keng tentang Ibu.

Terpahat dibenakku dua hadith yang menjadi peringatan dalam khutbah Jumaat di Masjid INTAN kelmarin.

Seorang sahabat menggendung ibunya dari Medinah ke Makkah untuk mengerjakan haji. Apabila ditanya kepada Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam tentang apakah ini membalas jasa-jasa ibunya kepadanya, Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam menjawab;

"Tidak! Tak memadai untuk membalas meskipun setitik susu dari ibumu."


seterusnya bacalah: Pesanan Keng tentang Ibu



Saturday, May 12, 2007

IBU Oh IBU





Have you ever said "Uff" to your mom?
Adakah anda pernah mengatakan UFF atau UHH kepada ibumu?

"Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt (Uff), nor repel them, but address them in terms of honor. And out of kindness, lower to them the wing of humility, and say: ‘My Lord! bestow on them Thy Mercy even as they cherished me in childhood' "(Quran 17:23-24).


[23]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff" (uhh), dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

[24]
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


Nota: Terjemahan ayat di atas dari sini