Friday, March 24, 2006

Cepu emas

Kadangkala Pak Malau berfikir tentang bagaimana kita terlupa akan keuntungan yang Allah SWT telah menganugerahkan kepada kita. Hari Jumaat yang dinamakan juga sayyidul ayyam atau penghulu segala hari-hari, termasuk dalam senarai hari-hari yang mempunyai martabat yang tinggi.

Hari yang termasuk hari-hari yang menjadi afdhal untuk melakukan perkara-perkara yang bermanfaat seperti bersedekah misalnya. Tetapi kerana Jumaat datang, pergi dan datang tanpa putus-putus setakat ini, maka kita terlupakan atau melupakan keistimewaannya. Mandi pagi dengan niat kerana mengambil kesempenaan kebesaran hari Jumaat, dijanjikan pahala. Berpakaian elok untuk meraikan hari Jumaat, juga dijanjikan pahala. Awal ke masjid untuk berJumaat, juga dijanjikan habuan 'sebesar unta'. Dan banyak lagi.

Dan Allah SWT juga telah menganugerahkan kepada kita, satu ketika pada hari ini pada mana doa-doa dimustajabkan. Waktu itu adalah selepas 'Asar. (Jadi anakku, Nurul, jangan lupa solat awal-awal dan berdoa yang lama-lama ya!)

Allahumma solli wassolim 'ala sayyidina Muhammad.
Allahumma solli wassolim 'ala sayyidina Muhammad.
Allahumma solli wassolim 'ala sayyidina Muhammad.
Allahumma solli wassolim 'ala sayyidina Muhammad.
Allahumma solli wassolim 'ala sayyidina Muhammad.
Allahumma solli wassolim 'ala sayyidina Muhammad.
Allahumma solli wassolim 'ala sayyidina Muhammad.
Allhaumma solli wassolim 'ala sayiddina Muhammad.
Allahumma solli wassolim 'ala sayyidina Muhammad.
Allahumma solli wassolim 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah itulah sepuluh kali solawat yang telah dibacakan untuk junjungan kita Muhammad sollallahi 'alaihi wa aalihi wassalam.

Diriwayatkan dalam hadith Qudsi apabila seorang ummat membaca sekali solawat maka malaikat akan membawa bacaan tadi kepada Rasulullah dan beliau akan bertanya, "siapa anak siapa yang telah bersolawatkan kepadaku?" Begitulah pertalian yang dapat kita adakan dengan Rasululullahi sollallahi 'alaihi wa aalihi wassalam.

Adakah akan dilepas peluang ini dengansebegitu senang terutama pada sayyidul ayyam ini?

6 comments:

Anggun said...

Alhamdulillah..byk pengajaran hari ni Pak Malau. Baru Anggun tau beza Iblis & Syaitan..(eh..betul ke tu?).

InsyaAllah akan cuba dimunafaatkan sepenuhnya hari Jumaat..Pahala kat Pak Malau tu..amin..

Ku Keng said...

Pak, Sekali lagi, untuk kesekian kalinya, terima kasih di atas tazkirah Pak. Menguntungkan kami. Bagaimana nak hulurkan envelop?

Bunga Rampai said...

Salam. Alhamdulillah. Terima kasih Pak Malau.
(Takzirah ini mengingatkan saya kepada seorang guru yang banyak membimbing saya dalam aspek kerohanian)

Anonymous said...

salam Pak,

kalau esok kiamat best gak kan?
baru baca apa yang ustaz terengganu ceritakan, dan baru dengar Al Kuliyyah Jumaat lepas. Elok juga ada ramalan macam tu, tapi umat nabi muhammad s.a.w ni kalau nampak mukjizat depan mata pun kalau dah bebal, bebal juga.

Sya said...

Terimakasih Pak Malau mengingatkan sya. Adakalanya kita terlalu alpa dengan tugas seharian dan keluarga hingga lupa bahawa Jumaat datang dan pergi tanpa kita sedari.

Pak Malau said...

Anggun:Kalau ada peringatan, Pak akan berkongsi sama. Menguntungkan semua.

Nurul:Baik, Nurul. Inilah anak yang taat. Insha Allah kekal dan bertambah, sepanjang hayat.

Princess:Orang Arab bilang, la mushkilah. No problem. Sama-sama kita ingat memperingati,

Keng: Envelope bagi kat fakir miskin dan yatim.

Rampai:Pak baca dari blog anda, anda pun berisi juga. Kongsi-kongsilah untuk manfaat bersama.

Has:Untung bagi yang bersedia dan menyesal bagi yang tidak. Banyak yang terlupa akan Tsunami. Itu namanya buta mata hati. Minta dijauhkan dari melanda kita semua.

Sya: Sama-sama Sya. Tak apa setiap minggu Pak, Insha Allah, akan memperingatkan.