Tuesday, February 28, 2006

permintaan

Malam tadi Pak Malau ke Kuala Sedili mendengar syarahan ustaz dari Terengganu. Dia ni bercakap pekat Terengganu. Nasib baiklah di Mersing pun orang bercakap juga dengan loghat Terengganu maka senanglah Pak Malau faham pesanan ustaz itu. Namanya Ustaz Awang.

Pesan Ustaz Awang:

Jamang dulu, kata Ustaz Awang, ada dua malaikat yang dihantar oleh Allah subhaana wa ta'ala, ke dunia. Nama mereka Harut dan Marut. Kesilapan mereka adalah kerana mengajar ilmu sihir kepada manusia maka Allah Subhaana wa ta'ala pun memberi kepada mereka pilihan untuk menjalankan hukuman. Dan mereka memilih untuk diseksa di dunia.

Pada suatu malam ada seorang tua yang pergi ke sungai untuk mengambil wuhduk. Sedang beliau berjalan di dalam gelap, beliau terlanggar dengan banir pokok, dan secara melatah beliau berkata "La ilaaha illallahu Muhammadur Rasulullah". Apabila Harut dan Marut mendengar ungkapan tersebut, mereka pun berkata, "Alhamdulillah, sekarang sudah zaman Muhammad sebagai Rasul, bermakna dunia tak lama lagi akan kiamat dan akan tamatlah seksa kita."

Dan kata ustaz lagi, penghuni kubur yang beragama samawi (iaitu agama dari langit - agama-agama yang dibawa oleh rasul-rasul), tak tahan dengan siksa kubur yang berpanjangan hingga ke hari kiamat. Maka mereka berdoa kepada Allah supaya cepat-cepatlah kiamat supaya mereka dapat dipersoalkan di Mahsyar dan moga-moga Allah subhaana wa ta'ala, akan berikan kasihan belas kepada mereka memandangkan mereka telah lama menjalani siksa di alam kubur. Tambahan lagi Allah subhaana wa ta'ala telah janjikan bahawa setiap penganut agama samawi akan dimasukkan ke Syurga selepas disiksa di Neraka, jadi penyiksaan Neraka ada mempunyai hadnya yang tertentu. Dan kenikmatan mukatamad bagi mereka (dan juga kita) adalah di Syurga. Adanya.

Ustaz mengingatkan bahawa siksa kubur itu disebabkan oleh dua perkara. Pertama tak beristinja iaiatu tidak membersihkan anggota selepas melepaskan hajat kecil atau besar. Kedua, suka mengadu domba.

Anehnya, kata ustaz, yang hidup di dunia, tak putus-putus meminta supaya Allah subhaana wa ta'ala, mempertangguhkan kiamat kerana mereka berniat untuk bertaubat dan berbuat baik.

Begitulah fikir Pak Malau, yang berbilangan besar meminta supaya kiamat tu dipercepatkan dan yang sedikit (yang masih hidup) ingin supaya dilewatkan.

Dan Pak Malau ni masih lagi berjanji-janji. Tak teringat bahawa Pak Malau ni bukannya dagang bertempat di alam ini. Hanya menumpang lalu.

7 comments:

Sya said...

salam perkenalan Pak Malau.. saya dtg dr blog nurul

NATO said...

assalamu'alaikum pak... anak cucu tumpang lalu... bagus cite bapak tu.. memang betul..kita hidup di dunia ibarat si dagang yg menumpang lalu..merempat! mengharap belas ihsan Yang Maha Empunya..kalau semua org sedar diri mcm bapak ni alhamdulillah..baru aman dunia..
tadi baru dengar ceramah olh ustaz zawawi..katanya.."Kalau kita kejar dunia..dunia akan lari tapi kalau kita kejar akhirat..akhirat akan dtg.." wallahua'lam...time kasih pak singgah kat blog saya..

Izhal said...

ASM Pak Malau,

Nak tannya, mengadu domba tu apa? apa beza kiamat dengan akhir zaman?

baca pesanan ustaz awang teringat pulak dah satu cerita... Saya dulu ada sembang dengan kawan, saya tanya dia bilalah nak kiamat... tak habis2 dok dunia ni bila nak start hidup betul... heheh...

nak tanya lagi sikit boleh? apa maksud Pak Malau? masa form 1, saya ada kawan cina budak perempuan yang cantik duduk belakang meja saya. kadang2 dia ajar saya cakap cina... wo ai ni=i love you, sek fan=makan nasi... satu hari dia ajar cakap perkataan monyet putih dalam bahasa cina=Pak Malau... jadi nak tergelak tengok nick name ni... ambil sempena bahasa cina atau ada maksud lain? biasalah dalam dunia ni, satu perkataan banyak maksud... gay=seronok,riang gembira atau homoseksual... Pak Malau ada maksud ka?

aNIe said...

Assalamualaikum pak malau...dari blog sya ni...tertarik dengan nama Pak Malau tu...sebab nama tu begitu sinonim dengan nama filem melayu lama yang terkenal...

Memang betul...kita bukan dagang bertempat di sini...tapi kita hanya menumpang lalu...entah sampai bila hanya Allah yang tau....

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Malau,

Sy pun dtg dr blog Sya(K Sya).
Seronok dpt dgr pesanan dr bapak.
TQ for sharing it with us.

Ku Keng said...

Sampai hati Pak Malau buat kuliah tak bagitau saya. Kah Kah.

Pak Malau said...

sya:Ya selamat datang nak. Hai popular betul blog Nurul ni.

Mc_Kay:Pak Malau berkenan betul dengan pandangan Ustgaz tu.

Nurul:Ini seronok nak dengar ni. Minta tuliskan dalam blog ya.

Izhal: Mengadu domba tu backbiting untuk melaga-lagakan manusia. Ahkir zaman adalah masa-masa yang menunjukkan petanda-petanda besar yang hampir kepada kiamat.

Dalam loghat kantonis, 'pak ma lau' tu adalah monyet putih. Nama Pak, iaitu Malau ni lama nak.

Kak Lady: Ha kan Pak Mala dah katakan, Sya ni banyak peminat. Ya Pak Malau orang lama.

Nadya: Hai nasib baiklah Sya tolong iklankan kalau tak tak ada orang nak ziarah Pak.

Keng:Nak ajak takut Keng sebok.

pb:Datang dari Puchong nak. Hai nak balik pun lupa ke?