Friday, April 14, 2006

Riadah Pernafasan

Di kalangan nelayan tradisional, juruselam selalunya pekak di darat tapi kuat pendengaran di dasar lautan. Bukan hanya dapat mendengar bunyi renang ikan, tapi dapat mengagakkan sekali jenis ikan dan sebesarnya mana kumpulan yang ada di dasar laut. Itulah keanihan pada mereka. Untuk membolehkan mereka lama menyelam, mereka selalunya pandai ilmu pernafasan.

Ini mengingatkan Pak Malau kepada teknik pernafasan lama yang terkenal di kalangan orang-orang Melayu, India dan Cina. Ia itu teknik pernafasan perut.

Kebiasaannya kita bernafas di dada. Itu tak menguatkan nafas batin kita kerana nafas itu tak mendalam. Cuba amalkan tarik nafas melalui hidung dan sedut hingga rasa ianya sampai ke perut. Perut dalam bahasa Arab adalah bathana, dan dari sinilah perkataan batin, diungkapkan dalam bahasa Melayu. Sewaktu menarik nafas, kira sepuluh. Kemudian tahan nafas di perut selama kiraan lima dulu. Selepasnya keluarkan nafas melalui mulut. Habiskan nafas dalam kiraan sepuluh. Ulang sepuluh kali dan panjangkan kiraan. Cuba pula dengan lidah menekan ke pangkal gigi barisan depan atau ke langit-langit. Bagaimana? Dengan cara ini lagi banyak nafas yang akan disedut ke dalam perut.

Teknik ini sekarang mula populer di USA sebagai cara untuk mengawal tekanan darah. Ramai pengidap hypertensi yang dapat menurunkan tekanan darah tinggi mereka dengan latihan ini. Selalunya dalam keadaan marah, kita akan dinasihatkan "Take a deep breath." Sebenarnya inilah kaedahnya untuk mengawal stress dan tension pada diri. Amalkan di tempat yang terbuka. Terbaik.

Pak Malau bukannya dukun atau bomoh. Tapi yang Pak Malau nak sampaikan adalah sewaktu bernafas ke dalam, zikirkan ALLAH dalam hati. Bayangkan bunyi nafas yang ditarik itu dengungannya bunyi ALLAAAAAAAAAAAAAAAAH. Sewaktu melepas nafas pula dengungkan HUUUUUUUUUUUU.

Itulah zikir pernafasan yang akan senantiasa bermain-main di kepala kita. Bukannya lagu-lagu Mawi atau Siti. Insha Allah.

10 comments:

Anonymous said...

Pak, ini sama seperti cara pernafasan yang kami belajar dalam kelah Xi Gong. Ya tak ya jugak, kalau masuk zikir tu bagus juga.

Anonymous said...

Pak Malau ni juruselam ke?

Sya said...

Saya pernah terbaca bahawa pernafasan cara yg diajar Pak Malau bagus utk mengawal perut dr buncit, tak ingat dr mana.. nantilah kalau terjumpa semula. Saya juga bersenam.. menggunakan yoga dan T-tapp, memang kalau mengikut instructor tuh, bila nak tarik nafas kena dalam-dalam, adakalanya bila instructor menyuruh.. dia masih menarik nafas tapi saya dah terpaksa lepaskan. Tak cukup lagi ilmu... mungkin kalau mengikut ajaran pak malau saya boleh menjadi mcm mereka.

Bergen said...

Does it really work?

Anonymous said...

ilmu baru. thanks (sya juga). bergen: lets try.

Anonymous said...

Saya tak fikir lagu Siti atau Mawi. Saya fikir Pak Malau boleh?

Secret Admirer

Pak Malau said...

Maaf kerana lambat menjawab dan mengupdate blog. Komputer Pak Malau bermasalah.

Mat Derih:Betul juga tu. Masa tak sia-sia kan!

anonymous:Tak, pengail je.

Sya:Ada pula teknik tak bernafas, tapi mengeluarkan nafas je. Ini lagi hebat. Bernafas kut kulit.

Bergen:Cubalah. Akan merasai kesannya. Mula-mula senang berpeluh. Seperti mandi.

Jawat:Bukan ilmu baru, tapi yang baru diingatkan.

Anonymous:Jangan pikir Pak Malau, fikir Allah lebih bermanfaat.

Nurul:kenapa tunggu dipantai baru nak buat. Buatlah dibelakang rumah. Jadikan amalan harian.

Anonymous said...

TQ for sharing :)

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it merchant accounts http://www.sql-data-recovery.info/Download-recovery-disk.html Glass awnings protectors for fire alarm pull boxes custom part sale subaru wrx http://www.cisco-router-1.info Lost weight celexa S7w j frame square butt Leather goods dvd player car alarm dropship shoppi data recovery Texas 2b divorce 2b legal advice 2b childsupport sparkrite car alarm installation Hard disk recovery western digital

Anonymous said...

sya....ape kes main yoga......haram.......