Saturday, August 18, 2007

Sya'aban




Rasulullah Sollahu 'alaihi wa aalihi wassalam telah bersabda yang maksudnya:

"Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?"

Maka umatnya menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".

Baginda bersabda: "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya. Mengenai rahmat Allah itu Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Allah mengangkat amalan-amalan semua hamba-nya pada bulan ini."

Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara daripada maksiat, taubatnya diterima juga terselamat daripada bencana pada tahun berkenaan.

Sabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wa aalihi wassalam, "Barang siapa membesarkan Syaaban dan bertaqwa kepada Allah S.W.T serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkan dia daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit."


9 comments:

Bunga Rampai said...

Salam Pak Malau,

Sekejap je dah pun Syaaban!

Mana boleh dapat kitab Raudatul Ulama tu?

Terima kasih.

Ku Keng said...

Salam Pak Malau.


Selamat berpuasa

Anonymous said...

Pak Malau, selamat berpuasa.

Bunga Rampai said...

Datang lagi ni Pak Malau ...

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa :)

Sya said...

Assalamualaikum Pak Malau

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Anonymous said...

pak malau, kenapa dah lama tak update?

Bunga Rampai said...

Salam Pak Malau. Lamanya Pak Malau menghilang. Moga sihat walafiat, juga ceria.

Sya said...

Salam Pak Malau... Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaraq

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)