Thursday, July 05, 2007

Petua Kesihatan





Alhamdulillah Pak Malau mendapat petua ini melalui e-mel dan amat baik untuk dimanfaatkan bersama. Insha Allah baik bagi kita.


Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" TANPA GULA, setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (Memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan umpamanya:-
  1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit) disebabkan kesan air itu akan menyebabkan kita kencing justeru membuat toksin yang terkumpul dalam badan.
  3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telahmenemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
  4. Dalam kitab perubabtan juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
  5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan hadam)

Wassalam...

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya.




Dr. NBB akan nanti mengkajikan saranan di atas harapnya dan Bunga Rampai pula akan harapnya mencuba dan memberi pendapat. Boleh tak?

4 comments:

Bunga Rampai said...

Salam Pak Malau,

:)

1,2, dan 5 menjadi amalan. Memang mujarab.

3 dan 4. Terima kasih menyampaikan.

Teh ... Aiseyymaaan, rugilah saya kerana saya tak suka minum teh ... sembelit. Kenapa ek Dr. NBB?

Anonymous said...

saya suka juga minum teh tapi waktu petang aje. pagi saya kena minum milo. ataupun neslo (milo + kopi segera)...kaw kaw punya.

Pak Malau said...

Bunga Rampai:

jadi anak ini dah lama beramal sebahagiannya. Alhamdulillah.

Ya Dr. NBB kenapa teh meyembelitkan?

NBB:

Tapi kata orang Milo tu panas. Betul ke?

KakNi said...

Sayapun ada amalkan petua2 di atas, kecuali no. 3 tapi badan dok gemuk semakin menjadi-jadi jugak... heheheh... takpelah gemuk, janji sihat tapi mata suami dah tak sedap memandang nih...