Saturday, May 20, 2006

Melayu

Secara kebetulan sewaktu menghantar seorang teman lama ke tempat istirehat abadi di tanah perkuburan Bukit Kiara, di Damansara, Pak Malau terpandang pusara orang sekampung. Datuk Usman Awang. Pusaranya di sebelah kanan tempat letak kereta depan, di muka perkuburan.

Sepi dan sayu. Air takungan dalam balang bunga sudah berisi jentik-jentik. Pusaranya dipermukaan kawasan dan di depan pintu besar, seolah membolihkan beliau melihat-lihat siapa yang datang dan siapa yang dipulangkan. Terkenang Pak Malau kepada sajaknya 'Di Makam Bonda'.

Tetapi sajak almarhum yang ingin Pak Malau paparkan buat tatapan bersama adalah, MELAYU.



MELAYU...

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun


Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

- Usman Awang


Al Fatihah buat Almarhum. Semoga Allah SWT merhamatinya.

15 comments:

Sya said...

Pak.. walau jauh ke mana kita pergi akhirnya ke situ jua abadinya kita kan? Kalau Arwah dikenang dgn tulisannya .. kita akan dikenang kerana apa?

Bagi sya cukuplah anak2 mengingati setiap hari dgn sedekah Fatihah

Fatihah utk Allahyarham

Sya said...

Pak.. walau jauh ke mana kita pergi akhirnya ke situ jua abadinya kita kan? Kalau Arwah dikenang dgn tulisannya .. kita akan dikenang kerana apa?

Bagi sya cukuplah anak2 mengingati setiap hari dgn sedekah Fatihah

Fatihah utk Allahyarham

zizie ali said...

al-Fatihah.
Bila melihat serunding daging di kedai payang, saya kadang-kadang teringatkan allahyarham usman awang. beliau sangat menggemarinya.
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Bunga Rampai said...

al-Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang mulia di sisiNya.

Uda dan Dara tetap saja diingati.

Salam.

Anonymous said...

Pak Malau,

Berkelahi cara Melayu menikam dengan pantun.

Apa yang tidak dengan bangsa yang satu ini, namun menjadi 'putar alam' pun ramai Melayu tak berkecuali(((((haha))))).

Bila berpantun nampak sopan santun kadang kala macam berlawak pula walau perkataan yang amat pedih ditujukan kepada seteru. Yang berfikir saja yang mengetahui, kalau seteru tu main maki hamun tak jadik la melayu kot?

Macam saya ni register kira melayu dan menikmati keistimewaan Melayu.

Anonymous said...

Saya mengunggu Pak Malau memberi pandangan.
1. Saya keliru antara Osman Awang dan Awang Had Saleh. Semoga memperolehi rahmah di alam barzah.

2. Saya ingin bertanya adakah saya masih dikira Melayu?
Susur galur keturunan: Bapa saya berdarah Portugis dan Kampar/Minangkabau Indonesia. Emak saya pure 100% Cina.

Mnegenai rangkap ini boleh Pak malau memberi penjelasan: Apa maksud tersirat.

'Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar.
Adakah dalam kontek ini ialah reaksi melayu berhadapan dengan Pencipta sahaja?

'Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba'

Pada saya sikap melayu yan ada dalam diri mudah berasa belas ikhsan.

Anonymous said...

Saya mengunggu Pak Malau memberi pandangan.
1. Saya keliru antara Osman Awang dan Awang Had Saleh. Semoga memperolehi rahmah di alam barzah.

2. Saya ingin bertanya adakah saya masih dikira Melayu?
Susur galur keturunan: Bapa saya berdarah Portugis dan Kampar/Minangkabau Indonesia. Emak saya pure 100% Cina.

Mnegenai rangkap ini boleh Pak malau memberi penjelasan: Apa maksud tersirat.

'Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar.
Adakah dalam kontek ini ialah reaksi melayu berhadapan dengan Pencipta sahaja?

'Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba'

Pada saya sikap melayu yan ada dalam diri mudah berasa belas ikhsan.

Pak Malau said...

Sya:Semoga Allah SWT merahmatinya dan semoga anak-anak muda dapat mengambil pelajaran dari sajak-sajak almarhum.

Zizie:Pak Malau pun suka serunding, tapi serunding ikan. Kenapa makanan ini perlu runding?

Bunga Rampai: Aduh Uda dan Dara, sungguh menawan. Begitulah almarhum. Tepat dan tajam kadangkalanya.

Kim_Labu: Melayu penuh beralas. Tak semestinya asli Melayu. Baba dan Nyonya Melaka pun berbudaya sama. Berlapik dan berkias. Menyipi dan memerli.

Kebiasaannya menjadi Melayu, bagi yang ada, hatta sedikit darah Melayu, apabila mereka mengambil budaya dan sikap seperti orang Melayu.

Anonymous said...

Gadis di Perkuburan

Lari gadis menyembah ke tanah,
diiringi sendu menggoncang bahu,
tenang pahlawan dipeluk bumi,
senyum terakhir tenang tersembunyi.

= Usman Awang =
al Fatihah jua buatmu

NATO said...

kali pertama membaca sajak penuh karya Allahyarham Usman Awang.."Melayu" penuh metafora.. tapi betulkan pak..nama melambangkan keperibadian empunya nama..kekadang malu nak mengaku melayu... tapi persoalannya sekarang...whose bright idea who gave the name "melayu" to satu bangsa??!!! takde nama lain ke??

Buat yg telah tiada..al-fatihah disedeqahkan...

NATO said...

kali pertama membaca sajak penuh karya Allahyarham Usman Awang.."Melayu" penuh metafora.. tapi betulkan pak..nama melambangkan keperibadian empunya nama..kekadang malu nak mengaku melayu... tapi persoalannya sekarang...whose bright idea who gave the name "melayu" to satu bangsa??!!! takde nama lain ke??

Buat yg telah tiada..al-fatihah disedeqahkan...

Anonymous said...

Best regards from NY! projectors Celebrity cruise ship millenium online degree Kia detroit Fax software repplex financial planning Rhinoplasty bruising heat direct email marketing Jobs at san manuel indian bingo and casino Batman game allegra New york dentists low income families Uscg license plate frames Buy discount bontril online Look for admission site 1rst merchant account small business health insurance ny homeowners insurance

Anonymous said...

Hi there, I enjoy reading through your post. I wanted to write a little
comment to support you.

Also visit my weblog ... Free Games

Anonymous said...

Hey there superb website! Does running a blog like this require a large amount of work?
I've virtually no knowledge of programming but I had been hoping to start my own blog soon. Anyway, should you have any suggestions or tips for new blog owners please share. I understand this is off subject however I simply wanted to ask. Cheers!

Have a look at my page Play Batman Games

Anonymous said...

electronic cigarette reviews, electronic cigarette, electronic cigarette starter kit, e cig, electronic cigarette reviews, ecigs