Sunday, February 26, 2006

Seri Mersing


seri mersing
lagu yang lama
lagu dikarang biduan dahulu
(2 x)

hati ku runsing gundah gelana
dimananya kah sayang
dimana tempat hendak mengadu
(2 x)

seri mersing
lagunya sayu
buat menghibur di masa sunyi
(2 x)

dimana tempat hendak mengadu
hancurlah hati sayang
hancur hati merana diri
(2 x)

10 comments:

Yeop-Harley said...

Amboi cantiknya kampung Pak Malau. Nanti tolong booking chalet satu ya!

abdullahjones said...

tioman?

zizie ali said...

Anda tentu biasa dengan pantun ini:

Kajang tuan kajang berlipat,

kajang saya mengkuang layu;

dagang tuan daagang bertempat,

dagang saya terbuang lalu.

Kajang?

satu daerah di Selangor
satay kajang, ha..ha..ha..

Masa kecil, aku pernah melihat kajang. Dianyam dr daun nipah. Berfungsi sama seperti payong. Atau bolehlah kita katakan payong melayu. Payong yg kita gunakan hari ini kalau tak salah direka oleh orang cina. Sebab itu ada shaolin atau kungfu payong.

Tapi kajang yg ku lihat itu tidak berlipat. Hanya sekeping. Besarnya lebih kurang 3 x 5 kaki.

Kajang berlipat?

Tentulah kajang yang mahal harganya. Ia boleh dilipat dua macam kertas kajang dan senang disimpan. Hanya layak digunakan oleh orang berkedudukan. Dalam 'Sri Mersing' karya Salleh Ghani, Damak berpantun:

kajang Pak Malau kajang berlipat,

kajang hamba mengkuang layu,

dagang Pak Malau dagang bertempat,

dagang hamba terbuang lalu.

Dan Damak bersama adiknya, Rompin pun mula berkayuh meninggalkan pengkalan Mersing. Perahu yang dinaikinya bukan perahu kajang. Hanya perahu bodoh. Damak dan adiknya akan terdedah kepada panas dan hujan.

Di pengkalan, Sri tersedu. Ayahnya, Pak Malau mengeleng-ngeleng kepala. Penuh kesal.

Pak Malau said...

Yeop: Buat apa nak sewa chalet. Tidur aje di bangsal perahu Pak Malau. Lagi best.
En. Lah: Tepat. Disinilah difilemkan Bali Hai. Seronok Pak Malau waktu tu, tengok mem-mem berlari-lari di pantai.
Zie: Ya kajang berlipat. Tapi kadang-kadang kecik hati juga kat Damak tu. Kurang-kurangnye antarlah sms kat Sri, buat melepas rindu.
Adik Nurul: Bukan tak mau suruh, tapi Mak Malau kau tu garang sangat. Bila disuruh dia akan jawab,"Hai orang tua, ambik sendiri le. Ni aku sebok nak tengok Mawi di TV." Kalu ikut hati nak lari ke Australia nak ikut kawan-kawan, tapi apakan daya, paspot dah mati. Boleh tak tolong Pak Malau, ambik jadi derebar kereta mayat tak apa.

dith said...

Betul ke Pak Malau dari Mersing? Atau hanya kiasan ikut nama tu?

Cik Deris Beca dr Tanjung Lumpur saya tak kenal tapi Muhammad bin Idris di Anak Air saya kenal lah!

Pak Malau said...

Puan Dr dalam Rumah (DDR): dekat-dekat tu lah. Yang asli di Mersing tu hanya orang asli. Yang lain semuanya pendatang. Mengikut cerita tok nenek saya, kami keturunan dari kayangan. Dari negeri Indah Buana.

loppiess said...

dimana tempat hendak mengadu
hancurlah hati sayang
hancur hati merana diri
(2 x).

tak baiklah macam tu Pak Malau, nii harga petrol dah naik lagi..kena kerja lagi kuat, jangan ikutkan hati..jgn merana diri. come on babee.

MA said...

Salam perkenalan Pak Malau.

Mersing mempunyai kenangan indah dalam diri saya.

pembetulan : Tioman bukan milik Johor, tetapi negeri Pahang. gatewaynya sahaja melalui Mersing (selain dari satu tempat lain di negeri Pahang - lupa nama tempat itu).

Kat Mersing, duduk belah mana?

.

Pak Malau said...

Loppi: Lopi. Jangan merjuk. Nanti kita pakai kereta lembu macam dulu-dulu.

mak andeh:Mersing memang banyak kenangan, terutama untuk Damak. Balik-baliklah Mersing. Semoga kenangan lama menjadi kenyataan.

Semenjak bila jadi milik Pahang? Yang Pak Malau ingat masih dalam Johor-Lingga!

Pak Malau di pengkalan pun ada, di pekan pun ada dan kebelakangan ni di kebun sawit.

Anonymous said...

Genial brief and this enter helped me alot in my college assignement. Thanks you for your information.