Hari kelmarinmu telah berlalu
ia menjadi saksi yang jujur
menyusul kemudian hari baru
mengisi kehidupanmu yang telah mundur.
Jika kau menggunakan harimu itu
manfaat yang kau perolehi kan kembali padamu
sedang hari yang telah berlalu
tidak akan lagi menghampirimu.
Jika kelmarin kau berbuat kekejian
maka padukanlah dengan sebuah kemuliaan
janganlah kau berharap esok saja akan berbuat kebaikan
jangan-jangan esok tika ianya menjelang ....
engkau pula telah menghilang.
~~ karangan Mahmud bin Al Hussain. Dipetik dari kumpulan-kumpulan Ibnu Abid-Dunya ~~
Pak Malau teringatkan kepada syair ini tatkala membaca madah Harapan pada blog Ku Keng.
Gambar ehsan: worldforge
7 comments:
semalam dah comment panjang lebar, tapi hilang dek pertukaran ke blogger baru; terima kasih atas doa mu.
Terimakasih Pak atas ingatan kerana tanpa disedari hari berlalu begitu saja dan tahu-tahu umur makin meningkat dan bila ditoleh kembali apa yg telah ku buat.. membuatkan diri termenung seketika
...Jika kelmarin kau berbuat kekejian
maka padukanlah dengan sebuah kemuliaan...
antara kemuliaan yg biasa diamalkan oleh orang yg tahu ialah puasa sunat. namun ada riwayat mengatakan saidina umar r.a pernah memukul dirinya bila terasa beliau ada buat kekejian. wallah hu'allam.
Wah.... semua dah berpuisi, saya pun nak jugalah.
Psss.... ada maksud. Kena faham. Kena sedar.
Hari ini kau datang riang, tersenyum buatku senang.la la la...
Tiba-tiba saya teringatkan lagu itu Pak Malau :)
Hari tetap akan datang menemui kita, cumanya, adakah kita sempat menghulur salam untuk hari itu. Fikir jua.
menghitung hari..detik demi detik ...makin lama makin hampir...
menghitung dosa...tak terhitung banyaknye..
hari ini hari rabu,
esok pula hari khamis,
hari ini makan daging lembu,
esok pula sambal tumis.
(er...mintak maaf ye pak malau kalau komen saya yang berbau pantun ni tak sesuai dengan entri ni)
Post a Comment