Tuesday, January 09, 2007

Hijrah





Ya anakku, Rampai.

Tak betul sama sekali bahawa pengertian HIJRAH adalah melarikan diri. Sebagaimana tanggapan orientalists dan kebanyakan orang yang buta sejarah terhadap hijrah Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam dari kota Makkah ke Medinah. Yang mana hari peringatan peristiwa itu akan kita rayakan nanti dalam bulan ini. Berslogankan Ma'al Hijrah iaitu "Bersama berhijrah".

Hijrah Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam dipercayai mengandungi tiga matlamat yang besar. Bermakna penghijrahan atau perpindahan itu bukanlah semata-mata bertukar tempat, dan dipercayai Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam melakukannya untuk melaksanakan strategi yang besar untuk pengembangan Islam dan masyarakat.

Tiga matlamat itu adalah:


  • Untuk membentuk satu masyarkat yang berbudaya berasaskan kepada Islam untuk melaksanakan social justice. Sebagai contoh, berbanding dengan masyarakat jahiliah Makkah;
  • Untuk pembangunan ekonomi masyarakat Islam kerana di Makkah, kaum Islam tertindas dan tak dapat membangunkan ekonomi mereka. Satu revolusi ekonomi telah berlaku di Madinah ketika itu, sehingga menjadikan Medinah sebagai sebuah pusat dagang yang penting. GDP Medinah meningkat berlipat ganda. Malahan kaum muhajirin telah mejadi pesaing yang hebat kepada Yahudi Medinah ketika itu;
  • Pembangunan sistem politik Islam. Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam telah membina satu sistem pentadbiran yang mantap berdasarkan kepada al Quran.

Begitulah ruh Hijrah. Kini, manusia menggunakan istilah hijrah sebagai jalan keluar daripada kesusahan. Sebenarnya, penghijrahan perlukan kepada Business Plan diri serta matlamat dan strategi untuk dilaksanakan.



Sekiranya kita meneliti keadaan kita di Malaysia, kita akan tertanya-tanya:

  1. Dimanakah budaya kita?
  2. Dimanakah matlamat ekonomi kita? Dan
  3. Dimanakah sistem pentadbiran kita?

Selamat bersama-sama bersiap untuk berhijrah. Bukan ke tempat lain, tetapi ke fikrah dan budaya yang lebih mantap, canggih dan sempurna.



8 comments:

Anonymous said...

Assalamu alaikum Pak Malau,

Satu pandangan yang unik. Dan baik sebagai panduan resolusi ummah pada hari menyambut Hijrah ini.

Hanya satu soalan. Dalam keadaan kita sekarang ini baikkah kalau kita berhijrah dengan beruzlah secara berkomuniti dan membina perkampungan berdasarkan strategi yang dinyatakan; kecuali pemerintahan.

Saya tak bermaksud untuk menghidupkan Al Arqam dan saya pun bukan pula ahli jemaahnya. Jadi janganlah Pak Malau salah anggap pula.

Sya said...

Assalamualaikum Pak Malau

Terimakasih berkongsi ilmu. Semoga Pak Malau sekeluarga di bawah lindungan Allah

Bunga Rampai said...

Salam Pak Malau,

Terima kasih banyak-banyak entri ini. Amat menghargainya.

Saya kira hijrah hati amat penting sebelum melakukan apa jua jenis hijrah. Betulkan saya jika salah Pak Malau. Terima kasih.

blackpurple @ jowopinter said...

Tertarik dengan entri ini.

Hijrah kekuatan, hijrah kasih sayang matlamat saya 1428 ini...

Yeop-Harley said...

salam pak malau,

kesemua penceramah datang ke kg yeop menekan peristiwa hijrah itu diwaktu baginda di gua thur, di mana beliau terlena di riba sahabatnya (ali r.a) dan strategi ke selatan mekah sebelum ke utara (yatrib) dan mendapat 'super power' di sana.
tok batin di ingatkan oleh pendakwah bebas supaya berstrategi sebelum membuat penghijrahan dan berkasih(mesra) antara kawan2.

yeop...hijrah naik moto :0

Yeop-Harley said...

maaf Pak, saya tersilap. Baginda terlena diribaan Sayiddina Abu Bakar r.a.

zizie ali said...

yang jelas, hijrah memang berpindah. maka bermacam-macamlah jenis berpindah. semua tafsiran tu betul. hanya ada tafsiran yg selapis dan ada tafsiran berlapis-lapis. ada tafsiran yg sesuai untuk orang pendek akal dan ada tafsiran yg sesuai unt org panjang akal.
wallah hu'allam.

panwalla said...

mandi jangan pakai syampu atau sabun lavender and tea oil ya.