Friday, July 21, 2006

sms


Maka bertaburanlah mesej-mesej pendek - sms - yang dihantar ke seluruh pelusuk negara tentang City dan 2nd hand Tiara; tentang jenama baru bernama Era, dan tentang bakal-bakal anak tiri. Bergelak ketawalah penerima dan sepantas kilat menghantar pula kepada yang lain yang sudah tentu telah menerima sms yang serupa.

Seronok. Menjadikan isu yang kini hangat sebagai bahan ketawa.

Pak Malau tak meminati sesiapa. Hanya mau mengingatkan bahawa dalam kitab Ihya 'Uluumid-din karangan hujjatul Islam Imam al Ghazali, beliau berpesan bahawa bercakap-cakap di belakang seseorang mengenainya, meskipun baik sekalipun dan sekiranya tuan punya badan tak ingin dihebahkan, adalah MENGUMPAT. Apatah lagi yang tak baik. Dan dalam al Quran, Allah SWT bertanya, "Adakah kamu ingin memakan daging saudaramu sendiri pada hari kiamat?" Sau amaran keras yang ditujukan kepada pengumpat-pengumpat. Dosa mengumpat pula hanya boleh dihapuskan oleh tuan punya badan yang diumpat.

sms yang bertaburan membawa dua keburukan:
  1. Menceritakan hal yang tak benar;
  2. Menjadikan bahan ketawa.
Jadi bagaimana? Semoga tuan-tuan punya badan yang telah diumpat dalam sms-sms yang bertaburan masakini, mengampuni kesemua yang terlibat.

Pak Malau sekadar mengingatkan sahaja.

Semoga Allah SWT mengampuni kita semua dengan keberkatan yaumul Jumaat al barkah ini.

7 comments:

Bunga Rampai said...

Salam.
Terima kasih Pak Malau. Pendapat saya, sebaiknya pabila menerima sms sedemikian...baca, padam, tutup mulut.

abdullahjones said...

:)

Anggun said...

Yelah Pak Malau..keasyikan membaca sms, memforwardkan..baru sedar sekarang BERDOSA..

Tkasih Pak Malau..atas kesedaran ini.

Sya said...

Assalamualaikum Pak Malau...

Lama tak menjengah.. terima kasih kerana mengingatkan dan saya mengampunkan siapa aje yang mengumpat saya samada dalam sms, chat atau secara live.. moga Allah mengampuni saya juga

Yeop-Harley said...

Nurul:

Bukan teman yang nganttar.

NATO said...

Assalamu'alaikum w.b.t.

ada kemusykilan la pak.. kitab tu sebut kalau bercakap dibelakang dikira mengumpat tapi sms tu takde percakapan cuma tulisan je..macam jugak e-mail..tak de sebutan keluar dr mulut...so camno? ada room for argument dan banyak khilaf...harap dapat penjelasan dr pak malau..

soalan bunyi mcm main2 tapi segan bertanye sesat jalan!

Anonymous said...

Excellent, love it! Qoclick.com didrex keywords waterbed pictures Assault and battery student resources que es voip satelital Urban one area rugs com Virginia beach isp Guaranteed unsecured personal loan holmes humidifier review lowe humidifier