Mengikut petua Hujjatul Islam Imam Al Ghazali bahawa sekiranya awal Ramadhan jatuh pada hari:
- Ahad atau Rabu: - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan;
- Isnin: - malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan;
- Selasa atau Jumaat:- malam Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan;
- Khamis:- malam Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan;
- Sabtu:- malam Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan
Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa kita mesti menghidupkan hanya malam tersebut. Teruskan untuk mencari malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah :
- Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
- Siang keesokan harinya pula warna cahaya matahari akan kelihatan pucat;
- Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Oh Lailatul Qadar aku merinduimu, dan sangat mengharapkan kehadiran mu.
Selamat mencari Laila.
7 comments:
Saya juga menanti ketenangan malam Lailatul Qadar.
Pak Malau, terima kasih entri ini.
Salam.
Terima kasih di atas panduan dan ingatan.
Semoga Pak Malau mendapat keberketan yang berkekalan.
Terima kasih kerana berkongsi maklumat. Semoga pencarian kita dimakbulkan.
Terimakasih Pak malau, tulah sebab allah merahsiakan malam Lailatulqadar, kalau di beritahu maka hanya semalam aje manusia beribadat
Assalamualaikum.
Baru tau Pak Malau ada blogspot
Bunga Rampai:
Alangkah seronoknya mencari lailatul qadar. Sekiranya tak berjumpa tak apa, ibadat tetap diterima Allah SWT.
Yeop:
Terima kasih atas doa yang dipanjang kepada Pak Malau. Begitu juga Pak Malau doakan untuk Yeop.
O Superhero:
Alhamdulillah selesai satu tugas dan semoga Allah SWT menerima doa-doa kita semua.
Usha
Semoganya begitulah Nak. Jangan lupa juga, sekarang musim hujan. Doa-doa dikabulkan Allah pada permulaan turunnya hujan.
Sya:
Itulah hikmahnya Sya. Kalu tau bila nak mati, ambil cuti dari kerja dan beribadah bersungguh-sungguh.
nbb:
Sama-sama Nak. Tahun ini Alhamdulilah Pak Malau tengok anak selamat di jalan raya.
rr2:
Selamat datang rr2, dan datang lagi ya.
Post a Comment